Wednesday, 2 January 2013

Basikal Tua

Basikal Tua ini suatu masa dahulu telah menjadi kebanggaan bagi  sesiapa yang memilikinya. Di era 70an ia dikeluarkan dengan jenama Railey dan menjadi Impian bagi pemuda dizaman itu. Oleh kerana peredaran zaman, ia kian dilupakan. Namun diera 20an kini ia kembali menjadi rebutan  oleh para seniman pengumpul karya seni. Harganya dipasaran antik kini melambung tinggi sehingga mencecah kepada puluhan ribu ringgit. Kepada yang berminat dengan basikal tua, boleh lah melihat antara koleksi saya ini.

Railey Jantan
Railey Jantan ini adalah gabungan dari body asal Railey dengan komponen lain dan bukan 100% asli Railey. Namun ia telah direka semula dengan gaya klasik yang tersendiri. Ia dipanggil Railey jantan kerana bodynya yang mempunyai palang dan jika betina rekabentuk body nya tiada palang. Rekabentuk ubahsuai yang klasik dan menarik serta bergaya kepada yang memahami. Ia untuk dijual kepada yang berminat dengan harga RM1000 tidak termasuk kos penghantaran. Penghantaran boleh diuruskan dengan kos nya bergantung kepada lokasi anda.

Railey Betina
Railey Betina ini terdiri dari komponen 95% asli Railey dan hanya handlenya sahaja bukan dari rekabentuk asal Railey. Berbeza dengan body jantan, body betina ini tiada palang. Nilai basikal tua ini menjadi lebih tinggi jika komponen asal masih lagi ada padanya. Ia untuk dijual kepada yang berminat dengan harga RM3000 tidak termasuk kos penghantaran. Penghantaran boleh diuruskan dengan kos nya bergantung kepada lokasi anda.
Tempat duduk asal
Gantang dan rim asal
Komponen asal, ada lock di sepit udang
Lambang Railey pada body
Kunci asal
Handle dari komponen lain