Wednesday 2 January 2013

Sangkar Antik

Kami ada mempunyai 3buah sangkar yang dikategorikan sebagai Antik dan Klasik. Sesuai untuk anda yang mempunyai burung kesayangan sebagai mahligainya dan amat sesuai juga sebagai perhiasan di runah anda.

Sangkar Tujuh Belas Dewa
Sangkar Tujuh Belas Dewa ini terdapat berbagai ukiran halus padanya dengan motif dewa Buddha. Lihatlah betapa halus dan details nya ukirannya tetapi sayang bermotifkan dewa Buddha. Kalau motif tumbuhan saya akan simpan sahaja sangkar ini. Saya memperolehinya dari seorang rakan yang telah lama menyimpannya. Sesuai untuk burung Way Bee dan Murai Kampung. Ia untuk dijual dengan harga RM1000 atau kontra dengan barang yang senilai dengannya.
Ukirannya yang terperinci
Kepala sangkar
Dasyat..
Ukiran orang tua ni pulakk...

Sangkar Ukiran Geometri
Sangkar berukiran goemetri ini sudah agak lama juga usianya. Ukirannya simple tapi halus yang memerlukan ketelitian yang tinggi untuk menghasilkannya. Sesuai untuk burung Way Bee dan Murai kampung atau sebagai hiasa rumah. Ia untuk dijual dengan harga RM550.
Ukiran halus bermotif geometri
Perincian Sangkar

Sangkar Jambul Ukir
Sangkar Jambul Ukir ini mempunyai rekabentuk yang simple tetapi bergaya. sebuah sangkar yang tegap dan amat sesuai untuk burung jambul @ candik Champions anda. Mempunyai ruangan yang luas dan lega untuk burung kesayangan anda. Ia untuk dijual dengan harga RM550.
Tegap dan luas dengan ukiran halus
Rekabentuk tempat najis edjustable mesra pengguna.